wahai MAUT...


ada manusia mengejarmu...
ada manusia lari daripada mu...
2 golongan berprinsip berbeza
tapi sama impaknya
kosong tiada perbedaan
kerna semuanya takdir Allah
tiada siapa dapat mempercepatkan
tiada siapat mampu melambatkan

ada yang menangis tatkala menghadapimu
menangis kerna bahgia melihat SyurgaNya
menangis kerna menyesal pabila melihat NerakaNya
menyesal tidak mempersiapkan diri
untuk bertemu dengan Illahi

x ada gunanya menyesal di kemudian hari
segalanya x diterima lagi
kerna itu penghujung hari
oleh itu terimalah impak amalmu sendiri

berbahagia pula si a'bid
bergembira pula si muslih
kerana dulu
kau tegakkan sunnah rasulullan
kau tegakkan syiar Allah

walaupun kadang kala kau di caci
walaupun saban hari kau dicemuh
namun kau percaya kuasa Allah
janji Allah kau pegang hingga akhir waktumu
maka, syurga tempatmu
insyaAllah

kepada si fasik,
ingatlah!!!
tempat kalian lebih hina drp org kafir
kerna kalian manusia bertalam 2 muka
dlm At-Tanzil terlalu banyak menceritakan
perihalmu
tidakkah kau sedar???

akhir qalam,
setiap amal akan dicatat
setiap prbuatan akan diberi perhitungan
walhal ianya seberat zarah sekalipun...
~Wallahu a'lam~


- time buku nota n pensil ada kat depan mata dan
tangan ana, ana mula melayarkan nukilan ini...
mungkin banyak kekurangan..-
:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...